*Tengku Ariff Bin Tuan Ismail atau Tengku Ariff berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan kini menetap di Kota Bharu.

*Berusia 44 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai lapan orang cahaya mata, lima lelaki dan tiga perempuan.

*Hampir 20 tahun pengalaman dalam industri perkayuan merangkumi bidang pengilangan dan pembalakan.

*Menjadi ahli kepada keluarga besar CNI dengan nombor keahlian 1573691 pada bulan April 2008, aktif Febuari 2009 dan kini berpangkat Pengurus Agensi.

Hari ini bertarikh 6/5/10 adalah antara hari terhebat rasanya dalam kehidupan saya dengan pelancaran blog ini. Terima kasih saya didikasikan ucapan ini khusus untuk Cik Gu Asri, MDAM Rahim King,
MDAM Kamaruddin dan MDAM Tuan Haji Zainal kerana sokongan anda. Tidak lupa rakan-rakan yang langsung atau tidak menyumbang kearah kejayaan ini. Penulis laman blog dan web site dan juga anak saya sendiri Tengku Syahira tanpa penat lelah membantu kejayaan ini. Thanks !

Kongsi Sejarah Penglibatan Saya:-

1)Industri Perkayuan Oktober 1990
Boleh dikatakan industri keluarga. Pada awalnya saya tidak berminat langsung. Bapa saya meninggal dunia pada usia saya 15 tahun. Di ikuti abang saya 4 tahun kemudian pada usia 32 tahun. Saya masuk industri ini dengan zero basis. Duduk pejabat kerana terpaksa, macam mana ni, terlena....
Satu-satunya orang yang masih ada ibu... Bila saya tanya dalam beratus soalan, satu je yang penting iaitu Kau kena jumpa orang....campur dengan mereka..

2)MLM CNI April 2008
Tak ikhlas langsung pada mulanya. Kerana kawan dan juga nak cari kawan, maklum baru masuk bandar. Kebetulan ada seorang ustaz, dah lama joint cni ni. Kita pula nak rapatlah, moga dapat buat kawan dan sanggup ngajar anak kita. Gitu lah...